价格查询 新闻检索

T : 400-007-3237

会员登录

Parallel Wireless dan Robin.io Perluas Perkongsian Ubah RAN Legasi ke arah Penyelarasan dan Pengautomatan Hujung-ke-Hujung Skala Web

发布时间:2020-02-11 访问量:49 来源:海讯社

Penyelarasan Hujung-ke-Hujung dan Pengautomatan Dipacu Analitik Kurangkan Kos Penggunaan 4G/5G dan Penyelenggaraan Rangkaian Tanpa Wayar  

NASHUA, New Hampshire, 10 Februari 2020  -- Parallel Wireless, peneraju bagi OpenRAN Semua G, dan Robin.io, syarikat platform pengautomatan aplikasi, hari ini mengumumkan pelanjutan perkongsian tahun 2018 mereka bagi membantu Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) global membawakan manfaat-manfaat pengautomatan dalam pusat data skala web kepada persekitaran sistem terbenam heterogen RAN merentas 2G, 3G, 4G dan 5G.

MNO telah lama menuntut janji pengautomatan pusat data untuk membawakan peruntukan segera suit VNF dan CNF kompleks, pengoptimuman kendiri, pengembalian kendiri dan pemulihan pantas. Hakikatnya ialah penggunaan teknologi pusat data dalam RAN memperkenalkan jenis kerumitan pengendalian berbeza yang perlu diselesaikan oleh MNO.

Menggabungkan pendekatan OpenRAN Semua G natif-awan perintis daripada Parallel Wireless, dilengkapi dengan platform pengautomatan dan pengurusan kitaran hayat yang utama dalam industri daripada Robin.io untuk teknologi pusat data seperti bekas dan pengurusan beban kerja maya, menjadikan janji virtualisasi RAN yang amat dinanti-nantikan suatu kenyataan.

RAN dahulunya didominasi oleh pemikiran sistem terbenam, kini visi bersama adalah untuk membawakan kepada RAN berbilion-bilion pelaburan dalam skala web/pusat data awan. Memandangkan semakin banyak pelayan pusat data diperkenalkan kepada RAN, MNO pasti akhirnya akan menginginkan platform penyelarasan tunggal bagi merangkumkan semua peranti berbanding mengurus berbilang platform sama ada RRH pada menara, jalur asas waktu nyata di pinggir, perkhidmatan teras dalam pusat data atau peranti perkhidmatan 5G perusahaan atas-premis. Platform Robin mendayakan pengautomatan dipacu analitik rangkaian terluas senario peruntukan "ekor-panjang" heterogen, penghirisan, pengoptimuman, pengembalian, penskalaan (dalam, luar) dan pemulihan secara unik untuk memenuhi visi platform tunggal ini. Akhir sekali, pengendali akan memiliki virtualisasi atau platform bekas pilihan mereka dan Robin berperanan untuk saling beroperasi dengan kesemuanya sama ada VMWare, Kubernetes, AWS, OpenStack, Whitestack dan sebagainya.

Steve Papa, Ketua Pegawai Eksekutif, Parallel Wireless, berkata, "Apabila kami mula bekerjasama dengan Robin pada tahun 2018 untuk mengautomasikan cabaran data raya dalam rangkaian penggunaan V/CNF dalam RAN masih di peringkat awal. Dua tahun kemudian, ia dapat dilihat dengan jelas menerusi gerakan OpenRAN global bahawa RAN tidak lama lagi akan menjadi tentuan-perisian secara sepenuhnya dan dilaksanakan menggunakan corak reka bentuk natif-awan. Pengendali juga memerlukan platform yang dapat menyediakan penghirisan hujung ke hujung untuk sumber-sumber heterogen ini. Hanya Robin.io dapat memenuhi visi ini."

Jef Graham, Ketua Pegawai Eksekutif, Robin.io, berkata, "Pengendali mudah alih pantas menyedari keperluan penting pengautomatan untuk mengurus penggunaan dan kitaran hayat rangkaian 5G dan fungsi rangkaian. Tanpa pengautomatan natif-awan yang boleh diskala secara besar-besaran, kos dan kerumitan mengendalikan rangkaian ini serta merta menjadi sesuatu yang tidak dapat dipertahankan. Bekerjasama dengan Parallel Wireless, Robin.io membawakan pengautomatan tersebut, melalui teknologi kesedaran topologi aplikasi dan infrastruktur yang telah diperkemas dan dibuktikan."

Sepanjang tahun 2020 2020 Parallel Wireless akan memperkenalkan keluaran Robin yang dioptimumkan iaitu perisian Unified OpenRAN Controller dan perisian Unified Edge Core untuk perkhidmatan berantai yang rumit secara dinamik, didayakan DevOps dan automatik. Perkhidmatan 4G, 5G dan Wi-Fi dengan daya pemprosesan tinggi daripada Edge Core di pinggir rangkaian akan dapat diurus dengan mudah sebagai sebahagian daripada RAN. Perkongsian ini akan turut membolehkan penggunaan yang lancar untuk 4G/5G perusahaan/persendirian termasuk penyelesaian perusahaan-MNO hibrid.

Demonstrasi penyelesaian bersama akan dipamerkan di MWC, di gerai pameran Parallel Wireless di Dewan 5, Gerai Pameran 5i5 dan di AWS village, Atrium CC1, 24-27 Februari, Barcelona. 

Latar Belakang Parallel Wireless
Parallel Wireless ialah satu-satunya syarikat berpangkalan di A.S. yang mencabar vendor legasi dunia dengan satu-satunya penyelesaian OpenRAN didayakan perisian SEMUA-G (5G/4G/3G/2G) yang seragam dalam industri. Perisian rangkaian natif-awannya menakrifkan semula ekonomi rangkaian untuk pengendali mudah alih global dari segi penggunaan liputan dan kapasiti, di samping turut membuka laluan untuk 5G. Syarikat ini terlibat dengan lebih 50 pengendali terkemuka di seluruh dunia. Inovasi dan kecemerlangan Parallel Wireless dalam penyelesaian RAN maya terbuka, berbilang teknologi telahpun diiktiraf menerusi lebih 65 anugerah industri. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Berhubung dengan Parallel Wireless di. 

Latar Belakang Robin.io
Robin.io menyediakan platform pengautomatan aplikasi yang membolehkan perusahaan untuk memberikan saluran aplikasi yang rumit sebagai satu perkhidmatan. Dibina berasaskan Kubernetes standard-industri, platform Robin membolehkan pembangun dan jurutera platform menggunakan dan mengurus aplikasi bertumpu data dan rangkaian dengan pantas dan mudah —termasuk data raya, NoSQL dan 5G—yang bebas daripada sumber-sumber infrastruktur yang mendasarinya. Platform Robin digunakan di seluruh dunia oleh syarikat-syarikat termasuk BNP Paribas, Palo Alto Networks, SAP, Sabre dan USAA. Robin.io beribu pejabat di Silicon Valley, California. Maklumat lanjut  dan Twitter: @robin4K8S.


©版权 2006-2020上海易欢文化传播有限公司

©版权 2006-2020上海易欢文化传播有限公司

中国站 关于我们 行业智库 定价 案例 客服中心

首页

客服中心

免费咨询

免费注册